Saluran Super, Reaksi Bintang dan Langganan

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Saluran Super, Reaksi Star dan Langganan

Hari ini adalah hari ulang tahun ke-11 Telegram. Semenjak Ogos 2013, kami telah menerajui ratusan ciri dan berkembang kepada hampir satu bilion pengguna dengan kos pemasaran sifar — semuanya berkat sokongan yang kami terima daripada anda, pengguna dan pencipta kandungan yang kami sanjungi.

Dengan kemaskini hari ini, kami meneruskan tradisi memberi kembali kepada komuniti kami. Temui Reaksi Star dan Langganan Star yang membolehkan pengguna menyokong pencipta konten, media berbayar untuk bot dan akaun Bisnes, dan mod baru untuk Saluran Telegram yang membolehkan pentadbir menyiarkan sebagai saluran lain atau profil peribadi mereka.

Reaksi Star

Pengguna kini boleh menyokong secara langsung saluran dan pencipta konten kegemaran mereka dengan menghantar Telegram Star menggunakan Reaksi Star yang baru.

Pemilik saluran menerima 100% star — dan boleh menukarkannya kepada ganjaran mata wang kripto Toncoin atau iklan bersubsidi.

Sekiranya mengetuk adalah permainan anda. 😌

Setiap kiriman dengan reaksi star menunjukkan papan liga dengan pengirim teratas, tetapi pengguna boleh memilih untuk tidak muncul di sana jika mereka lebih suka privasi yang lebih tinggi.

Papan Liga Reaksi

Sekiranya anda ingin untuk menonjol — dan sekiranya anda tidak mahu. 🥸

Untuk menghidupkan Reaksi Star pada kiriman anda, pergi ke Tetapan Saluran > Reaksi > Aktifkan Reaksi Berbayar.

Langganan Star

Pencipta konten kini boleh membuat link jemputan khas yang membolehkan penyertaan saluran dengan bayaran bulanan dalam Telegram Star.

Sekirannya anda adalah seorang star popular. 😌

Ia hanya memerlukan beberapa tekanan untuk mencipta saluran eksklusif untuk konten tambahan, media akses awal, atau siaran langsung VIP.

Untuk mencipta link berbayar, pergi ke Tetapan Saluran > Jenis Saluran > Urus Link Jemputan > Cipta Link Baru dan aktifkan Memerlu Bayaran Bulanan.

Media Berbayar untuk Bot

Pemilik saluran boleh menjana wang daripada usaha mereka dengan menyiarkan foto dan video berbayar dalam saluran mereka.

Kemaskini ini menjadikan pos berbayar tersedia untuk bot — termasuk bot pentadbir dalam saluran dan bot yang menggerakkan akaun Telegram Bisnes.

Jika sekiranya konten anda ingin beli bot. 🧐

Ini membuka cara baru untuk mengautomasi saluran dan bisnes — atau membina perkhidmatan mampan seperti penjanaan imej, peningkatan video, dan banyak lagi.

Juruprogram boleh mengetahui lebih lanjut tentang melaksanakan ciri ini di sini.

Kuasa kepada Pencipta Konten

Telegram mengenakan komisen hampir sifar apabila juruprogram atau pemilik saluran menggunakan star mereka untuk menerima ganjaran dalam Toncoin.

Jika pencipta konten memutuskan untuk melabur semula star ke dalam mempromosikan saluran mereka dengan iklan Telegram, kami akan memberi subsidi iklan tersebut dengan diskaun 30% lagi.

Saluran Super

Apabila anda mengepos dalam saluran Telegram, pelanggan biasanya akan melihat nama dan gambar saluran tersebut dan bukannya saluran milik anda.

Mulai hari ini, anda boleh menjadikan saluran anda kelihatan lebih seperti grup di mana pentadbir boleh mengepos sebagai profil mereka sendiri — atau sebagai saluran lain mereka.

Sekiranya anda ingin meletakkan saluran dalam saluran. 🐶

Pentadbir saluran boleh menukar siapa yang pos pada bila-bila masa dengan menekan gambar profil di bar mesej. Pentadbir tidak pernah kelihatan melainkan mereka secara eksplisit memilih untuk mengepos di saluran dengan profil mereka sendiri.

Untuk menukar saluran anda menjadi Saluran Super, pergi ke Tetapan Saluran > Pentadbir dan hidupkan Tandatangan Mesej dan Tunjukkan Profil Pengarang.

Penonton Dokumen di iOS

Di iOS, dokumen seperti .pdf, .xls, atau .docx kini dibuka dalam tab berasingan di browser Telegram untuk membantu anda beralih antara fail dan mesej dalam bual dengan mudah.

Sekiranya anda ada kertas yang cukup. 📎


Sejak hari lahirnya yang lalu, Telegram telah mempunyai 17 kemaskini utama yang memperkenalkan Stori, Star, Petikan, Profil, Cadangan, Telegram Bisnes, Pembuat Stiker, Platform Pemberian, Bookmarks, Ganjaran Pencipta, dan banyak lagi.

Dan kami sudahpun mula bekerja pada Sejarah Telegram untuktahun depan.


14 Ogos 2024,
Pasukan Telegram

Berita Lain

선물, 검증 플랫폼 및 기타

사용자들은 이제 친구들에게 선물을 보낼 수 있습니다: 선물의 수신자는 자신의 프로필 페이지에 선물을 표시하거나 별로 전환할 수 있습니다. 추가로, 텔레그램은 기업들이 고객의 전화번호를 인증할 수 있는 플랫폼을 출시했습니다: 이 새로운 인증 플랫폼은 사용자가 텔레그램을 통해 코드를 받아 전화번호를 쉽게 확인할 수 있게 하며…
5 Okt 2024

스타 경품 및 기타

오늘 업데이트로 그룹과 채널은 경품 행사에서 Telegram Stars를 상품으로 사용할 수 있습니다. 또한, Telegram 브라우저에서 여는 모든 기사를 이제 Instant View로 변환할 수 있어 읽기 편리합니다.
6 Sep 2024

슈퍼 채널, 스타 반응 및 구독

오늘은 텔레그램의 11주년입니다. 사용자가 콘텐츠 제작자를 지원할 수 있도록 하는 스타 반응 및 스타 구독, 봇 및 비즈니스 계정을 위한 유료 미디어, 그리고 관리자가 다른 채널이나 개인 프로필로 게시할 수 있는 새로운 텔레그램 채널 모드를 만나보세요.
14 Ogo 2024

텔레그램 브라우저, 미니 앱 스토어, 선물 별 등

오늘 업데이트에서는 여러 탭을 지원하는 새로운 인앱 브라우저와 거의 10억 명의 사용자에게 Web3를 제공하는 기능, 인기 미니 앱이 포함된 미니 앱 스토어, 친구에게 스타 선물을 할 수 있는 기능, 스토리를 위한 날씨 위젯 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
31 Jul 2024